04 January 2014

Latihan Detachment (24/03/2013)

Pada awal semester kali ini, seperti kebiasaan akan diadakan Latihan Detachment khas untuk pelajar HBU114 (Badan Pertolongan Cemas I) dan juga terbuka kepada ahli BSMM sendiri. Latihan Detachment ini telah diadakan pada 24 Mac 2013 bertempat di Perkarangan Kompleks Kolam Renang, UiTM Shah Alam. Latihan ini diberikan khusus kepada ahli baru sebagai pendedahan awal terhadap ilmu-ilmu berkaitan dengan asas pertolongan cemas.


Disamping itu, aspek disiplin turut diberikan penekanan sebagai salah satu kriteria seperti asas Kawad Kaki kepada ahli-ahli baru. Selain dari disiplin, kaedah dan perlaksaan terhadap setiap arahan yang diberikan turut diberikan penekanan.


Seperti yang diberitahu pada awalan iaitu asas pertolongan asas yang diberikan pengajaran meliputi cara atau kaedah penggunaan ubat-ubatan dan radas didalam Peti Pertolongan Cemas, kaedah yang betul menggunakan kain anduh dan balutan serta teknik yang betul untuk mengangkat mangsa dengan dan tanpa menggunakan usungan.


Berkebolehan dalam mempelajari teknik asas ini mampu membantu dan menyelamat sesiapa sahaja selagi berpandukan cara dan kaedah yang betul. 


 

Sekiranya berhadapan dengan  situasi melibatkan pasangan bukan sejenis, pelajar dinasihatkan untuk memakai sarung tangan getah bagi melindungi atau menghormati aurat berlainan pasangan dan itulah aspek yang seringkali diingatkan kerana sesulit mana sesuatu situasi, perkara tersebut perlu diberi keutamaan.


Pelbagai cara atau kaedah mengangkat pesakit atau mangsa tanpa menggunakan usungan. Bagi anda yang berminat untuk turut serta, pada setiap semester Latihan Detachment ini dilaksanakan sekali pada satu semester bagi memantapkan lagi ilmu yang ada dalam diri setiap ahli. Terima kasih kepada semua pelajar dan ahli yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan latihan buat sekian kali.


Majlis Makan Malam Amal 2013 (28/09/2013)

Alhamdulillah, Majlis Makan Malam Amal bersama-sama anak-anak yatim telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini telah diadakan pada 28 September 2013 bertempat di Dataran Tuanku Fauziah, Canseleri, UiTM Shah Alam. Seperti tahun sebelumnya, majlis ini dijalankan bagi mengutip sumbangan atau derma ikhlas untuk diberikan kepada organisasi yang telah terpilih. Tambahan pula, ia mendidik sedikit sebanyak rasa simpati dalam diri selaras dengan objektif majlis pada kali ini.


Majlis diserikan dengan kehadiran Prof Madya Sr Hj. Yaziz Bin Hj. Ahmad, Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam, Tuan Azizul Amar Bin Rahmat, Pengarah BSMM Cawangan Selangor beserta isteri, Pn Azrina Binti Mokhtar, Penasihat Program beserta suami dan wakil-wakil dari rumah anak yatim yang dipilih.



Majlis juga diserikan juga dengan beberapa persembahan jemputan dan juga wakil-wakil dari setiap semester. Kali ini penyertaan telah dibuka kepada semua ahli persatuan dan juga kepada unit Kokurikulum Badan Pertolongan Cemas (BPC)  yang dipantau oleh BSMM sendiri.


Tidak lengkapnya sesuatu majlis itu tanpa hilai dan tawa serta hadiah sebagai tanda penghargaan. Tahniah kepada semua yang bertuah dalam slot cabutan bertuah kali ini. Bukan hanya ahli  yang dapat hadiah semata,  tidah terkecuali anak-anak yang dijemput turut sama mendapat hadiah cabutan bertuah kali ini.


Sekalung ikhlas dan tanda kasih kami kepada rumah anak yatim yang terpilih. Semoga ukhuwah yang terjalin pada kali ini dapat kita jadikan sebagai satu tali persaudaraan yang kita ikat dan tidak akan terlerai sampai bila-bila.


Segulung ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Makan Malam Amal 2013 pada kali ini. Tanpa kehadiran anda semua, majlis ini tidak akan berjalan dengan jayanya. Tahniah kepada Pengarah Program, Saudari Nadia Erina Noruddin atas penat lelah yang dicurahkan.