Sejarah Bulan Sabit Merah Malaysia bermula dengan penubuhan cawangan Palang Merah British Borneo Utara (Sekarang dikenali sebagai Sabah) pada April 1948 dan Sarawak pada April/Mei 1948 oleh Kolonial British dengan Ibu Pejabatnya terletak di London. Penubuhan ini telah dilakukan selepas junjungan Kolonel Stevenson ke Sandakan, Sabah.
Pada tahun 1950, British telah membuka lebih banyak cawangan Palang Merah British ditubuhkan pula di Pulau Pinang. Ini diikuti oleh Perak, Terengganu dan Selangor pada tahun 1951 serta Melaka, Johor dan Pahang pada tahun 1952.
Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, cawangan-cawangan di Semenanjung telah dikelolakan sebagai Federation of Malaya Red Cross Society yang keludiannya diperbadankan mengikut peruntukan akta. Pada tahun 1962, satu Akta Parlime telah digubal dan diluluskan iaitu Act # 4, The Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act 1962 dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962. Dengan itu, Persatuan Palang Merah dan Persekutuan Malaya ditubuhkan dengan rasminya dan Ibu Pejabat baharu telah bertukar ke Kuala Lumpur.
Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) pada 4 Julai 1963 dan diterima sebagai ahli Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada 24 Ogos 1963 sebagai pertubuhan nasional yang bebas.
Setelah Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya bergabung pula dengan cawangan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Satu lagi akta digubal iaitu Act # 47, Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act 1965. Melalui Akta ini maka tertubuhlah Persatuan Palang Merah Malaysia.
Pada 21 Ogos 1975, Act # 162, Malaysian Red Cross Society (change of name) Act 1975.yang telah diluluskan oleh Parlimen mendapat perkenan
Yang DiPertuan Agong pada ketika itu dan lambang Palang Merah telah ditukar kepada lambang Bulan Sabit Merah melalui Act # 162, Malaysian Red Cross Society (change of name) Act 1975. Akta ini dikuatkuasakan pada 4 September 1975, dan dengan itu nama rasmi persatuan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).
Pada tahun 1995, Act # 47, Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act 1965 telah digantikan dengan Act # 540, Malaysian Red Crescent Society (Incorporation) Act 1965 (revised 1995). Manakala pada 25 Mac 2007, satu Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan penjenamaan baru PBSMM telah dilaksanakan. Maka imej Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia kini dikenali sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
Pada 27 Jun 2007, Surat Perkeliling telah dikeluarkan dan diedarkan kepada semua cawangan bagi memaklumkan mengenai pertukaran nama tersebut.