07 January 2014

Excellence Skills Training 1.0 (ExTra2013) (06,07, 08/12/2013)

Excellence Skills Trainning (ExTra) merupakan program yang julung kali diadakan. Program ini adalah hasil dari program yang dikemaskini iaitu Kursus Insentif Pegawai Baru (KIPB) dan juga Kursus Pemantapan Organisasi (KPO). ExTra pada kali ini telah dijalankan di Kem Nur Laman Bistari, Batu Caves. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan juga mengasah perkara-perkara melibatkan pengurusan, 'soft-skills' dan pelbagai aspek lain. Program ini adalah program kerjasama melibatkan BSMM sendiri dan juga Kelab Warisan Sahabat (KEWASA).



Tambahan lagi, ExTra pada kali ini terbuka kepada semua pelajar UiTM dan pada kali ini, penyertaan terbanyak daripada Fakulti Sains Gunaan.



Selain dari slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti sampingan juga turut dijalankan bagi memberi keseimbangan dalam ExTra pada kali ini. 



Tanpa perkenalan dan juga kenangan, sesuatu perhubungan itu tidak akan menjadi manis dan erat. Kami disini harap agar perkenalan kita bukan cuma disini sahaja malah berterusan sampai bila-bila.


Rumah Warga Tua al-Ikhlas, Puchong (09/06/2013)

Pada semester kali ini, BSMM dengan kerjasama unit kokurikulum Badan Pertolongan Cemas (BPC) HBU134 telah mengadakan program Modul 3: Rawatan Rumah Asas yang bertempat di Rumah Warga Tua al-Ikhlas, Puchong pada 09 Jun 2013 yang lalu. 



Selain dari berkomunikasi dengan warga-warga emas disini, mereka juga mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam kelas kepada kehidupan realiti seperti memandikan, menyusun dan sisip kelengkapan mereka dan aktiviti sukarela dalam membantu pengurusan rumah disini.


Tangan yang dihulur itu lebih mulia dari tangan yang menerima. Semoga niat baik kita dalam membantu rumah ini diberkati dan juga dapat meringankan pihak pengurusan dalam menguruskan warga yang kian bertambah.


Kami berharap ilmu dan juga kenangan yang anda dapat disini tidak dilupakan sampai bila-bila. Semoga perasaan prihatin dan juga kesukarelawan ini akan terus tersemat dalam diri dan terus konsisten dalam melaksanakannya. Terima kasih kepada Pn. Siti Katijah Ibrahim selalu pegawai pengiring, Pengasas Rumah Warga Tua al-Ikhlas, Ahli Jawatankuasa Pelaksana, dan pelajar-pelajar HBU134 kerana bersama-sama menjayakan program pada kali ini. 


05 January 2014

Modul 3: Rumah Warga Tua al-Ikhlas, Puchong (10/11/2013)

Modul 3 iaitu Rawatan Rumah Asas merupakan salah satu modul yang perlu disertai bagi semua ahli Kokurikulum Badan Pertolongan Cemas (BPC), HBU134 pada setiap semester. Pada kali ini, Modul 3 ini telah dijalankan di Rumah Warga Tua al-Ikhlas, Puchong pada 10 November 2013 tempoh hari. 


Modul ini merangkumi praktikal daripada pembelajaran mereka didalam kelas kepada realiti kehidupan. Selain daripada itu, aktiviti lain turut dijalankan disini meliputi kerja-kerja sukarelawan selain dari membantu pihak pengurusan dalam menguruskan warga-warga emas disini.


Pada kali ini, Rumah Warga Tua al-Ikhlas menempatkan warga yang kian bertambah tahun demi tahun berdasarkan pelbagai jenis latar dan mereka dijaga dengan baik disini. Selain itu, pelajar juga dilatih untuk berkomunikasi dan juga cara pengurusan warga emas dengan betul.



Tanpa kerjasama dan juga sokongan semua pihak, modul pada kali ini tidak akan dapat dijalankan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua dan jutaan penghargaan kami kepada pihak pengurusan Rumah Warga Tua al-Ikhlas, Puchong kerana menerima kami untuk menjalankan sesi praktikal kepada semua pelajar.


Modul 2: Pusat Jagaan Suci Rohani, Petaling Jaya (27/10/2013)

Pada kali ini, Modul 2 iaitu modul yang diwajibkan kepada semua pelajar yang mengambil Kokurikulum HBU124. Modul ini telah dijalankan di Pusat Jagaan Suci Rohani, Petaling Jaya, Selangor pada 27 Oktober 2013. 



Mini Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dijalankan bagi melancarkan program pada hari tersebut dengan memberikan pendedahan dari sudut cara menggunakan Peti Pertolongan Cemas, cara menggunakan anduh dan juga balutan dan juga teknik mengangkat pesakit tanpa menggunakan usungan. Input ini diberikan kepada mereka agar mereka semua bersedia andai sesuatu perkara terjadi, mereka berdikari untuk melaksanakannya pabila keadaan mendesak.



Sebagai tanda penghargaan dari kami, sumbangan ikhlas telah diberikan dan juga tidak lupa kepada anak-anak jagaan mereka disini. Semoga perkenalan dan juga kenangan kita disini tidak terhad untuk pada perjumpaan yang seketika ini. Insya Allah, ada masa kita akan berjumpa lagi.



Terima kasih atas kesudian pihak Pusat Jagaan Suci Rohani kerana menerima penerimaan untuk menganjurkan program kepada adik-adik dibawah jagaan pusat. Terima kasih juga kepada En. Muswadee Mohamad selaku Pegawai Pengiring bagi Modul 2 pada kali ini. 


Kepada yang ingin menderma, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi pusat jagaan ini. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Terima kasih.

Pusat Jagaan Suci Rohani,
No.109 Jalan BU 7/1, Bandar Utama,
48700 Petaling Jaya,
Selangor

No. yang boleh dihubungi:
014 553 1376
013 239 4208
013 239 4239

No. Akaun Maybank:
5699-5400-0873

Kursus Persijilan Pertolongan Cemas Asas (01/12/2013)

Pada semester-semester lepas telah diadakan Kursus Persijilan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dan pada kali ini diadakan Kursus Persijilan Pertolongan Cemas Asas (PCA) yang bertempat di Dewan Kuliah A, Bangunan Sains dan Teknologi, UiTM Shah Alam. Kursus ini terbuka kepada semua ahli BSMM di UiTM Shah Alam sendiri. 


Selain dari mempelajari Anatomi manusia itu sendiri, kursus ini memberikan pendedahan awal kepada kesakitan, luka dan juga kecederaan yang biasa kita temui dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, teknik Resusitasi Kardiopulmonari atau dengan perkataan yang biasa didengar iaitu Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) diajar pada hari berkenaan.


Pembelajaran secara dua hala diberi penekanan sebagai latihan praktikal untuk memberi pemahaman yang jelas kepada peserta mengenai CPR itu sendiri. 


Sesudah sesi praktikal CPR dijalankan dan juga kelas, para peserta diuji dengan menjawab beberapa soalan sebagai salah satu keperluan sukatan persijilan pada kali ini. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program pada kali ini. Diharapkan semua peserta berjaya dalam peperiksaan persijilan ini dengan jayanya dan mendapat sijil yang diingini.


Latihan Detachment (29/09/2013)

Latihan Detachment telah dijalankan pada 29 September 2013 bertempat di Amphitheater berdekatan dengan Kompleks Renang, UiTM Shah Alam yang melibatkan penyertaan dari unit Kokurikulum Badan Pertolongan Cemas (BPC), HBU114 dan juga ahli BSMM sendiri. Latihan ini dijalankan untuk memberikan pendedahan awal mengenai beberapa perkara iaitu Disiplin dan Tatakerja bertindak melibatkan situasi kecerderaan yang ringan.


Pada semester kali ini, September 2013 - Januari 2014, dua unit detachment kecil telah bagi memudahkan pelancaran gerakan kerja pada kali ini. 


Slot pada tika itu dimulakan dengan cara menggunakan alatan atau ubat-ubatan didalam peti pertolongan cemas. Disamping diperkenalkan dengan ubat-ubatan yang ada, peserta juga diminta untuk mempraktikkan kaedah menggunakan ubatan ini kepada pasangan masing-masing. Tujuan dijalankan adalah untuk menghasilkan komunikasi dua hala antara pengajar dan juga peserta selain dapat memudahkan peserta mengingati pembelajaran pada tika itu.


Selain teknik menggunakan kain anduh dan juga balutan, teknik mengangkat mangsa (dengan dan tanpa menggunakan usungan) juga antara lain slot pada hari tersebut.  Kesilapan teknik yang dilakukan, mungkin akan menambahkan kesakitan kepada mangsa itu sendiri dan jangka panjang akan memberi kesakitan itu kepada perawat. 


Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak didahulukan dengan ucapan terima kasih. Diharapkan segala input-input dan ilmu yang diberikan mampu digunakan sedikit sebanyak dalam kehidupan seharian dan dapat dipraktikkan dalam kelas.