Pada 26 Mac 2017 bersamaan hari ahad, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cabang Uitm Shah Alam telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Dalaman Kali ke-48. Program ini dijalankan di Auditorium Akademi Pengajian Bahasa. Seramai 80 orang ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Uitm Shah Alam telah menyertai Mesyuarat Agung tersebut. Program ini merupakan progam tahunan yang dianjurkan oleh pihak BSMM cabang Uitm Shah Alam.
Program ini sendiri mempunyai 3 objektif yang tersendiri iaitu:
1)memperkenalkan ahli jawatankuasa tertinggi dan ahli jawatankuasa dalaman kepada ahli-ahli Bulan Sabit Merah Cabang Uitm
2)menerangkan serta memberi pemahaman kepada ahli-ahli mengenai skop kerja dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Dalaman.
3)membolehkan pihak pengurusan mengenali pemimpin-pemimpin persatuan dengan lebih dekat dan erat melah dapat bertukar-tukar pandangan serta pendapat sesama mereka.
Akhirnya, program ini telah mendapat pencapaian yang diinginkan oleh semua ahli jawatankuasa antaranya para ahli BSMM cabang Uitm Shah Alam dapat mengenali dengan ahli jawatankuasa tertinggi (AJKT) dan ahli jawatankuasa dalaman (AJKD) persatuan dan ahli-ahli persatuan juga dapat mengetahui perancangan aktiviti-aktiviti persatuan.
Antara gambar ketika majlis berlangsung: