- Pakaian-pakaian seragam BSMM hendaklah dipakai lengkap.
- Semua peralatan hendaklah mengikut spesifikasi yang telah diluluskan oleh Majlis Kebangsaan dan dibeli secara persendirian.
- Pakaian seragam BSMM hanya boleh dipakai semasa menjalankan tugas BSMM.
- Tidak dibenarkan menukar warna atau fesyen pakaian seragam atau menokok-tambah atau mengubah pakaian dan peralatan yang digunakan.
- Barang kemas tidak boleh dipakai semasa berpakaian seragam BSMM kecuali jam tangan dan cincin perkahwinan.
- Ahli yang diberhentikan atau meletakkan jawatan adalah dilarang memakai pakaian seragam atau lencana BSMM.
- Ahli yang mewakili BSMM ke luar negara hendaklah memakai pakaian seragam yang bersesuaian mengikut arahan atau garis panduan yang disyaratkan.
- Hanya ahli yang beragama Sikh sahaja yang dibenarkan memakai sarban mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
- Pakaian Seragam Wanita No. 10 adalah pilihan untuk ahli beragama Islam.
Pakaian Seragam
Subscribe to:
Posts (Atom)