30 October 2012

Latihan Detachment (07/10/2012)

Pada 29 September 2012 yang lalu, kami dari barisan AJKD telah mengadakan Latihan Asas atau dikenali sebagai 'Detachment' bagi mendedahkan pengetahuan awal mengenai ilmu-ilmu rawatan asas kepada pelajar baru yang mengambil kursus HBU114. Latihan Asas ini juga diajar bagi membolehkan mereka semua menggunakan pengetahuan ini untuk digunakan semasa modul mereka, Latihan Bencana Alam pada 5 hingga 7 Oktober 2012.


Terdapat tiga sesi dilakukan pada hari tersebut iaitu Cara Penggunaan Peti Perubatan (First Aid Box), Cara Penggunaan Anduh/Balutan dan Cara Mengangkat Mangsa Menggunakan/Tanpa Menggunakan Usungan. Pelajar-pelajar ini dibahagikan untuk beberapa kumpulan atas inisiatif untuk memberikan ilmu ini kepada semua pelajar secara langsung. 

Cara Menggunakan Balutan (Bandage)

Cara menggunakan 'First Aid Box' dan anduh
Selepas daripada itu, kami telah membuka kaunter pendaftaran baru ahli Bulan Sabit Merah Malaysia kepada pelajar-pelajar ini dan seterusnya membolehkan mereka untuk meneruskan minat mereka terhadap kerja sukarelawan ini.

Sebahagian kecil semasa dan selepas pendaftaran.
Sebelum slot pendaftaran, pembelajaran dan pengajaran daripada AJK yang bertugas kepada pelajar ini diteruskan kepada cara penggunaan usungan dan tanpa menggunakan usungan. 


Terima kasih kepada semua pelajar HBU114 dan AJK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Latihan Asas ini. Semoga apa yang telah dipelajari dapat digunakan untuk masa mendatang.  Syabas!

No comments:

Post a Comment