Lambang/Emblem ialah satu tanda pengenalan yang berbentuk dan berwarna mudah untuk menyampaikan sesuatu maksud.
Jawatankuasa Antarabangsa Tetap untuk meredakan penderitaan para tentera yang cedera (Kini ICRC) telah menekankan keperluan mewujudkan satu tanda yang boleh dilihat dengan jelas, mudah dikenali dan diketahui oleh masyarakat sejagat untuk mengenalpasti anggota-angota pembantu, bangunan-bangunan dan kenderaan-kenderaan yang terlibat didalam bantuan perubatan diwaktu perang.
Cadangan
memakai toha putih yang bertanda Palang Merah sebagai tanda
perlindungan untuk anggota-anggota perubatan dikemukakan sewaktu
Persidangan Antarabangsa di Geneva pada Oktober 1863.LAMBANG PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH
1. Palang Merah
a. Persidangan Diplomatik 1864
b. Konvensyen Geneva Pertama
2. Bulan Sabit Merah
a. Persidangan Diplomatik 1929
3. Singa dan Matahari Merah
a. Persidangan Diplomatik 1929
b. Digunakan oleh Iran sehinggan 1980 yang kemudiannya
menggunakan lambang Bulan Sabit Merah
4. Kristal Merah
a. Persidangan Diplomatik 2005
b. Protokol Tambahan III
c. Ketika ini lambang ini hanya digunakan oleh Israel.
Pada ketika ini hanya 3 lambang rasmi yang masih digunapakai iaitu Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah. Sehingga tahun 2009, sebanyak 152 persatuan kebangsaan menggunakan lambang Palang Merah, 33 menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan 1 negara (Israel) yang menggunakan lambang Kristal Merah.
No comments:
Post a Comment