Modul 3 merupakan sukatan pelajaran mengenai 'Rawatan Rumah Asas' iaitu dengan erti kata lain mempelajari cara penjagaan warga tua dalam tatacara rawatan dirumah, hospital ataupun klinik. Misi Modul 3 adalah untuk memberikan gambaran tentang apa yang mereka akan lakukan dan mempraktikkan apa yang mereka belajar semasa didalam kelas.
Untuk kali ini, Modul 3 dijalankan di Kompleks Penyayang Bakti Sg.Buloh, Selangor dengan kerjasama pelajar HBU134, Ahli Jawatankuasa Program yang dilantik untuk Modul 3 ini dan Pegawai Pengiring yang bersama-sama kami iaitu En. Muswadee Mohamad.
Selain dari beramah mesra dengan penghuni disini, sebahagian kecil pelajar telah ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja amal disekitar perkarangan kompleks ini seperti gotong-royong membersihkan perkarangan dewan, mengajar anak-anak kecil disini tentang kepentingan penjagaan gigi dan banyak lagi.
Admin ingin meminta maaf kiranya entri pada kali ini tidak banyak gambar yang diletakkan kerana sebagian daripadanya adalah untuk menjaga kepentingan beberapa pihak. Harapan kami disini, apa yang telah disampaikan sewaktu disana dapat diterapkan kedalam minda generasi sekarang.
No comments:
Post a Comment