26 August 2013

Modul 1: Kem Lubuk Manggis, Hulu Langat (17,18, 19 April 2013)

Pada tanggal 17 April 2013 yang lalu BSMM cabang  UiTM telah mengadakan Modul 1 : Latihan Operasi Bencana selama tiga hari dua malam di Kem Lubuk Manggis, Hulu Langat, Selangor. Lazimya pada semester-semester  yang lepas, hampir kesemua peserta program ini terdiri daripada pelajar Semester 1 yang mengambil subjek HBU 114 sebagai subjek Kokurikulum Badan Pertolongan Cemas (BPC). Peserta pada kali ini terdiri daripada 15 orang peserta,13  AJK dan seorang pegawai pengiring iaitu Mohammad Nur Hakimi bin Zulkifly .


Objektif:

  • Melatih ahli baru cara untuk bertindak apabila berhadapan dengan situasi bencana yang sebenar.
  • Memberi peluang kepada ahli untuk menonjolkan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan para peserta dan dapat merapatkan jurang antara ahli yang terdiri daripada latar belakang pendidikan yang berbeza.
  • Memberi banyak pengetahuan asas pertolongan cemas disamping mereka dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh.
  • Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan peserta juga merupakan objektif utama dalam program modul ini.

Hari pertama (17 April 2013, Jumaat)
Seawal jam 2.30 petang, para peserta telah berkumpul di kawasan kolej seroja bagi mengangkat barang-barang keperluan program seperti tong gas, peralatan memasak, khemah dan lain-lain ke dalam bas.  Para peserta selamat sampai di pusat perkhemahan pada jam 5.45 petang. Mereka kemudiannya diarahkan untuk mendirikan khemah.



Pada sebelah malam  program dimulakan dengan sesi suai kenal. Diikuti dengan pembahagian kumpulan serta dibekalkan barang amanah untuk dijaga yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai positif seperti amanah, tanggungjawab serta sikap bekerjasama antara ahli kumpulan dan juga aktiviti “night walk” bagi menerapkan sifat berani dalam diri setiap peserta

Hari kedua (18 april 2013, Sabtu)
Antara pengisian yang didedahkan kepada para peserta program ini pada hari kedua ialah “refreshment” (first aid talk, anduh & balutan, teknik tanpa usungan dan dengan usungan). Dalam aktiviti latihan bencana sebagai contoh, peserta telah didedahkan kepada situasi sebenar dalam menghadapi dan menguruskan  keadaan bencana.


Aktiviti seperti “Land and River Rescue” turut diselitkan didalam program ini.

Aktiviti diteruskan lagi dengan “survival kitchen”.

Hari ketiga (19 April 2013, Ahad)
Aktiviti FAO diteruskan pada hari ketiga. Antaranya ialah banjir dan tanah runtuh.



Program ini diakhiri dengan  penyampaian hadiah kepada peserta dan juga wakil alumni yang turut hadir bagi menjayakan program ini.


Diharap setiap peserta dapat mengaplikasikan setiap ilmu yang diperolehi didalam kehidupan seharian mereka sekiranya situasi yang dihadapi sewaktu modul 1 ini terjadi kepada mereka. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa diruangan ini.

"Hanya Yang Berbudi Sanggup Berbakti"

No comments:

Post a Comment