05 January 2014

Kursus Persijilan Pertolongan Cemas Asas (01/12/2013)

Pada semester-semester lepas telah diadakan Kursus Persijilan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dan pada kali ini diadakan Kursus Persijilan Pertolongan Cemas Asas (PCA) yang bertempat di Dewan Kuliah A, Bangunan Sains dan Teknologi, UiTM Shah Alam. Kursus ini terbuka kepada semua ahli BSMM di UiTM Shah Alam sendiri. 


Selain dari mempelajari Anatomi manusia itu sendiri, kursus ini memberikan pendedahan awal kepada kesakitan, luka dan juga kecederaan yang biasa kita temui dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, teknik Resusitasi Kardiopulmonari atau dengan perkataan yang biasa didengar iaitu Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) diajar pada hari berkenaan.


Pembelajaran secara dua hala diberi penekanan sebagai latihan praktikal untuk memberi pemahaman yang jelas kepada peserta mengenai CPR itu sendiri. 


Sesudah sesi praktikal CPR dijalankan dan juga kelas, para peserta diuji dengan menjawab beberapa soalan sebagai salah satu keperluan sukatan persijilan pada kali ini. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program pada kali ini. Diharapkan semua peserta berjaya dalam peperiksaan persijilan ini dengan jayanya dan mendapat sijil yang diingini.


No comments:

Post a Comment