Latihan Detachment telah dijalankan pada 29 September 2013 bertempat di Amphitheater berdekatan dengan Kompleks Renang, UiTM Shah Alam yang melibatkan penyertaan dari unit Kokurikulum Badan Pertolongan Cemas (BPC), HBU114 dan juga ahli BSMM sendiri. Latihan ini dijalankan untuk memberikan pendedahan awal mengenai beberapa perkara iaitu Disiplin dan Tatakerja bertindak melibatkan situasi kecerderaan yang ringan.
Pada semester kali ini, September 2013 - Januari 2014, dua unit detachment kecil telah bagi memudahkan pelancaran gerakan kerja pada kali ini.
Slot pada tika itu dimulakan dengan cara menggunakan alatan atau ubat-ubatan didalam peti pertolongan cemas. Disamping diperkenalkan dengan ubat-ubatan yang ada, peserta juga diminta untuk mempraktikkan kaedah menggunakan ubatan ini kepada pasangan masing-masing. Tujuan dijalankan adalah untuk menghasilkan komunikasi dua hala antara pengajar dan juga peserta selain dapat memudahkan peserta mengingati pembelajaran pada tika itu.
Selain teknik menggunakan kain anduh dan juga balutan, teknik mengangkat mangsa (dengan dan tanpa menggunakan usungan) juga antara lain slot pada hari tersebut. Kesilapan teknik yang dilakukan, mungkin akan menambahkan kesakitan kepada mangsa itu sendiri dan jangka panjang akan memberi kesakitan itu kepada perawat.
Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak didahulukan dengan ucapan terima kasih. Diharapkan segala input-input dan ilmu yang diberikan mampu digunakan sedikit sebanyak dalam kehidupan seharian dan dapat dipraktikkan dalam kelas.
No comments:
Post a Comment