Pada awal semester kali ini, seperti kebiasaan akan diadakan Latihan Detachment khas untuk pelajar HBU114 (Badan Pertolongan Cemas I) dan juga terbuka kepada ahli BSMM sendiri. Latihan Detachment ini telah diadakan pada 24 Mac 2013 bertempat di Perkarangan Kompleks Kolam Renang, UiTM Shah Alam. Latihan ini diberikan khusus kepada ahli baru sebagai pendedahan awal terhadap ilmu-ilmu berkaitan dengan asas pertolongan cemas.
Disamping itu, aspek disiplin turut diberikan penekanan sebagai salah satu kriteria seperti asas Kawad Kaki kepada ahli-ahli baru. Selain dari disiplin, kaedah dan perlaksaan terhadap setiap arahan yang diberikan turut diberikan penekanan.
Seperti yang diberitahu pada awalan iaitu asas pertolongan asas yang diberikan pengajaran meliputi cara atau kaedah penggunaan ubat-ubatan dan radas didalam Peti Pertolongan Cemas, kaedah yang betul menggunakan kain anduh dan balutan serta teknik yang betul untuk mengangkat mangsa dengan dan tanpa menggunakan usungan.
Berkebolehan dalam mempelajari teknik asas ini mampu membantu dan menyelamat sesiapa sahaja selagi berpandukan cara dan kaedah yang betul.
Sekiranya berhadapan dengan situasi melibatkan pasangan bukan sejenis, pelajar dinasihatkan untuk memakai sarung tangan getah bagi melindungi atau menghormati aurat berlainan pasangan dan itulah aspek yang seringkali diingatkan kerana sesulit mana sesuatu situasi, perkara tersebut perlu diberi keutamaan.
Pelbagai cara atau kaedah mengangkat pesakit atau mangsa tanpa menggunakan usungan. Bagi anda yang berminat untuk turut serta, pada setiap semester Latihan Detachment ini dilaksanakan sekali pada satu semester bagi memantapkan lagi ilmu yang ada dalam diri setiap ahli. Terima kasih kepada semua pelajar dan ahli yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan latihan buat sekian kali.
No comments:
Post a Comment