Untuk memberikan kefahaman berkaitan menilai keadaan pesakit agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
Definisi
Menilai keadaan pesakit bermakna mengenalpasti keadaan atau kedudukan penyakit atau bahaya yang sedang dihadapi oleh pesakit denga tujuan untuk menentukan tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memulihkan keadaan.
Maklumat Untuk Penilaian
Untuk menilai keadaan pesakit maklumat adalah perlu. Maklumat boleh diperolehi melalui sumber-sumber berikut :
- Tanda-tanda. Buat pemeriksaan rapi untuk mempastikan apakah tanda-tanda yang terdapat pada tubuh pesakit seperti luka, berdarah, lebam dan calar-calar.
- Aduan. Dari gejala-gejala apa yang menyebabkan pesakit ini mengalami satu-satu kecederaan. Ini dapat dipastikan dari benda atau barang-barang yang terdapat disekeliling pesakit seperti :
- Pisau : Menunjukkan pesakit kena tikam.
- Kartus Kosong : Kemungkinan pesakit kena tembak.
- Sejarah. Maklumat atau cerita yang diperolehi dari pesakit sendiri, rakan-rakan atau masyarakat sekeliling yang mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku.
DANGER - Adakah anda dan pesakit terdedah kepada bahaya?
RESPON - Adakah pesakit itu sedar?
AIRWAYS - Adakah salur udara terbuka dan tiada halangan?
BREATHING - Adakah pesakit itu bernafas?
CIRCULATION - Adakah nadinya berdenyut?
Bertindak Berdasarkan kepada Penilaian Anda
- Tidak sedarkan diri, tiada nadi atau tidak bernafas
- Dail 999 untuk ambulans
- Mulakan CPR
- Tidak bernafas dan ada nadi
- Beri satu hembusan tiap-tiap 5 saat sebanyak 12 kali.
- Dail 999 untuk ambulans.
- Pemulihan pernafasan
- Rawat mana-mana kecederaan yang boleh membahayakan nyawa.
- Letakkan pesakit dalam keadaan Baringan Pemulihan
- Dapatkan bantuan segera.
- Rawat sebaik-baik cara.
- Dapatkan bantuan jika perlu.
Sumber Rujukan : Manual Pertolongan Cemas Edisi KeEmpat
No comments:
Post a Comment