PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
OBJEKTIF
Untuk memberikan kefahaman tentang prinsip PERTOLONGAN CEMAS agar bantuan-bantuan sewajarnya dapat diberikan. Objektif-objektif Pertolongan Cemas adalah :
1. MENYELAMATKAN NYAWA
- Sekiranya terhenti denyutan jantung danpernafasannya berikan bantuan pemulihan pernafasan dan jantung.
- Setiap saat adalah penting
- Berhentikan pendarahan.
- Pulihkan renjatan.
- Mengurangkan pergerakkan. Buat apa yang anda tahu sahaja.
- Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi.
- Jangan beri apa-apa makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan bibir sekiranya perlu.
- Memberi semangat yang kuat kepada pesakit yang masih sedar.
- Jangan tinggalkan pesakit bersendirian.
- Pastikan keadaan pesakit - periksa nadi dan pernafasan.
Pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doktor atau sebelum ketibaan ambulans
SIFAT-SIFAT SEBAGAI AHLI PERTOLONGAN CEMAS
TAJAM PEMERHATIAN
Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan. Keselamatan diri sendiri dan si malang sama-sama diutamakan
PANTAS BERIKHTIAR
Hendaklah menggunakan apa yang sesuai yang terdapat disekeliling kita
TIDAK KASAR
Jangan bertindak kasar dan menyakitkan orang yang tercedera.
BERAKAL BERBUDI
Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar.
BERTIMBANG RASA
Bersimpati dengan orang yang cedera.
SENTIASA TERSENYUM
Muka yang tersenyum memberikan keyakinan kepada pesakit.
MEMBERI PERTOLONGAN
Lakukan setakat mana yang anda termampu.
Rujukan :
Manual Pertolongan Cemas Edisi KeEmpat
No comments:
Post a Comment